MINGGU KEDUA

Aku masih tidak jelas dan faham akan bidang tugas. Aku boleh faham sekarang perasaan orang yang baru mula bekerja dan tidak dapat task yang konkrik lagi ahaks. Semalam jamuan raya dan hari ini bos pula sakit mata dan second bos pula pergi bekerja di luar. Aku pula tidak dapat lagi penempatan / desk yang proper. MAsih lagi kehulu hilir duduk di tempat kosong. Sebenarnya meja aku sudah ada. Cuma ada vendor je yang ditempatkan disitu. Katanya untuk mengajar staff mengenai Tv channel yang sedang di setup / di buka. Aku follow je lah.

Yeah, aku sudah dapat baca sedikit sebanyak mengenai traffic flow untuk pulang ke rumah. Rupanya kalau balik Kajang via The Mines tak berapa jem sangat. Semalam aku saja test jejalan, memang SAH tak berapa nak jem (normal traffic). Aku pun memang sudah start kene usha-usha motor untuk dibeli. As a backup memang kene ada motor dan sekali sekala memang nak naik motor kalau pergi kerja. Insyaallah dan berserah sahaja kepada-Nya.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI