MINYAK SHELL DAN PETRONAS

shell_logo

Aku merupakan salah seorang pengguna tegar minyak jenama Petronas. Kalau nak beli minyak je, mesti akan ke Petronas sahaja. Station minyak jenama lain memang jarang-jarang aku pergi. Hanya akan pergi jika dan hanya jika terdesakl dan memang tiada station Petronas sahaja.

Hari isnin lepas, aku pergi beli minyak di Station Shell tidak jauh dari rumah aku. Emmm aku memang akan isi dan bajet isi minyak penuh untuk perjalanan pergi dan balik kerja dari Isnin hingga ke Jumaat. Aku anggarkan kos lebih kurang RM50 plus dan minus untuk satu tangki. Secara puratanya, memang aku perlukan satu tangki seminggu ( 5 hari waktu bekerja ).

Hairan dan teruja yang amat sebab isnin- khamis (hari ini), baki minyak yang ada lebih daripada separuh tangki. Ini kalau guna minyak Petronas, aku rasa mesti tinggal suku. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Memang betullah apa orang kata, minyak Shell lebih menjimatkan berbanding Petronas – Untuk perjalanan jauh. Jadi memang terbukti bdan aku mempercayai sekarang.

Jadi, dengan kata lain, aku akan berpindah kepada minyak jenama Shell. Kalau balik kampung tu, boleh cari alternatif lah nak beli mana kan. Emmmmm rasanya station Shell dan Petronas berjiran di Pagoh. I Follow je lah.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI