Muara Ikan Bakar kat Tanjung Harapan Pelabuhan Klang. Bagi aku tiada bezanya kot dengan mana mana kedai makan yang terletak di tepi laut. Kelebihannya hanyalah kedudukannya yang terletak ditepi laut. Popular dek kerana kedudukannya yang paling dekat dengan orang orang area Lembah Klang.
Apapun, aku suka makan sotong goreng tepungnya. Nyum nyum haha
Syok wat makan sambil menghirup udara segar tepi laut. . .angin pun sepoi sepoi bahasa je. Sambil makan. . . Kedengaran ombak membadai benteng pantai. Pengsan
Kalau dah makan kat tempat tempat macam ini, apa lagilah kan. . . Mesti r semua menunya berasaskan makanan laut. Yang penting semuanya segar dan u ollz boleh pilih sendiri ikan yang u ollz nak makan. Pastu pilih r nak masak camne. Mula2 tu aku agak janggal gak. Tapi, lama2 tu dah biasa ahaks. Alah, aku pernah pergi tempat ini baru 2 kali je kot. Tapi konsepnya lebih kurang sama dengan Senibong JB dan Umbai Melaka.
Tapi, apa boleh buat. Sekarang nie dapur kat rumah aku dah lengkap dengan barang barang memasak. Agak agak mengidam sesuatu tu selalunya aku akan beli bahan mentahnya dan tetus masak kat rumah. Kalau tak reti tu, pandai pandailah tengok buku resipi pr via online je. Jimat kos + mememuhi citarasa. Biar nampak kedekut tapi berbaloi. Sekali sekala tu boleh r nak merasa makan luar. Tapi biarlah berpada pada.
Apa yang penting, kalau makan kat luar tu. . . Pilih menu masakan yang susah nak masak sendiri kat rumah. Pengsan banyak kali