MUSANG KING IS MAO SANG KING

Sepengetahuan aku, durian yang paling mahal harganya ialah durian jenis Musang King.

image

Semalam time jalan2 cari barang kat Carrefour Alamanda ada mamat tu buat offer durian Musang King RM30 untuk 2 bungkus. Walhal harga asal ialah RM20 sebungkus. Oh, myb cz time tu dah agak malam cikit so diorang nak habiskan stock. Aku apa lagi, rembat r 2 bungkus terus. Satu aku habiskan dlm kereta dan satu lagi aku simpan dlm peti sejuk dulu hihi. Makan sejuk2 sedap nyum nyum. . .  .

Not sure sebenarnya berapa harga pasaran untuk durian ini sebenarnya. Sentiasa berubah ubah mengikut demand and supply. Kekadang tu aku keliru gak kat mana lebih murah? Samaada di shopping2 mall atau di gerai2 tepi jalan. Cz pengalaman yang aku dapat berbeza2.

image

Kalau mahu makan durian yang fresh dari ladang. . .  pergi r kat mana mana gerai yang menjual durian selewat lewatnya pada waktu tengahari. Logiknya, bukan ke durian jatuh pada waktu malam? Means, pada waktu pagi tu diorang akan kumpulkan durian2 tu + angkut terus ke gerai jualan.

Kalau pergi cari / beli / makan durian time malam, rasanya tak sesedap mana kot. Cz dah tak fresh + lama jatuh + terdedah dengan cuaca panas lama sangat + yang sedap2 orang dah sambar dulu 🙂 hihi

Ini based on pengalaman aku je.

Tapi rasanya durian makin lama macam makin kurang je. Mana taknya, monyet + kera dan sejenis dengannya makin lama makin banyak kat sana sini. Habis tanaman dirosakkannya. Tak tahu apa PERHILITAN buat. Monyet / kera / beruk dibiar bebas kat kawasan penempatan manusia. Yang teruk orang kampung yang kurang pemahaman mengenai perkara ini. Pengsan

Sekadar mengambil contoh akan situasi di tempat aku sahaja.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI