MUSIM DURIAN

Tak sangka musim durian start dari belah selatan. Time lalu highway kat area johor, banyak je lori yang angkut durian menuju ke lembah klang / utara. Geram tengok. Aku masih lagi tidak berkesempatan untuk memakan / membeli durian. Geram betul 🙂

Lucky tadi aku singgah sebentar ke rumah pakcik aku. Dapatlah juga merasa kuah durian. Makan dengan roti / lempeng ahaks. Sedap jugak. Katanya guna durian jenis 101. Mesti best kalau dapat makan Mao Sang King pulak. Huhu

Sebenarnya kat area rumah di kampung aku ini dulu memang ada tanam pokok durian. Aku sendiri memang menjaganya. Tapi, Nak buat macam mana aku sendiri berjalan sana sini, jarang balik kamping, banjir.. Tu yang pokok tu mati. Cerita lama..

Lagipun kat kampung ni siapalah yang ada. Masing masing bagi 1001 alasan. Rumah semak pun dibiarkan..rumput panjang bagai. Pemalas. Buat perkara mudah pun xmahu. Hurmmmm semua mahu diketuk satu satu. Buat decision pun lambat..xcergas langsung.

Posted from WordPress for BlackBerry.