MYKELEDEK NETWORK

image

Minggu lalu, my officemate bagitahu ada pakej pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). RM60 untuk 5 tahun. . .

Tergamam sebentar aku dibuatnya. Aku pun ada niat untuk buat syarikat sendiri. Biasalah. . . Gatal tangan. Tapi niat tu jadi meluap luap dek kerana bayaran pendaftaran syarikat baru hanya RM60 untuk 5 tahun terus!!! Seronok

image

Gigih pergi ke KPDNKK Putrajaya semata mata nak daftar syarikat di kaunter SSM. Promosi ini hanya sah dari bulan Jun 2012 yang lepas hingga 31 Disember 2012 ini. Haruslah aku daftar cepat cepat kan. . Hihi

image

Aku suka dengan environment di KPDNKK ini. Nampak kemas huhu. . .

image

See. . . Bayaran hanya RM60 sahaja 🙂 Sekejap je pun prosesnya. Tak sampai sejam pun. Hanya perlu bagi salinan MyKad dan isikan 2 jenis borang.

image

image

Akhirnya, 19 Disember 2012. . Maka lahirlah MyKeledek Network 🙂 Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan murah rezeki. Amin

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI