Naik Bus Dari London ke Paris

Kita nak jimat dan gunakan sepenuhnya masa yang ada disamping meminimumkan kos yang perlu dikeluarkan. Jadi? Apa yang kami lakukan? Kami merancang ‘bermalam dalam bus’ untuk perjalanan dari London ke Paris. Tidak perlu bermalam sangat di London sebab nanti di pengakhiran perjalanan, kami akan ambil banyak hari untuk jalan-jalan di sekitar united Kingdom khususnya Kota London. Gitew katanya.

Berdasarkan kepada pembacaan, terdapat 3 bus utama dan popular yang menyediakan perkhidmatan untuk perjalanan dari Victoria Coach Station London ke Paris (Pelbagai Destinasi) – Flixbus (dahulunya dikenali sebagai Megabus), National Express dan OUIBUS.

Kebanyakan orang memilih untuk menggunakan Flixbus sebab lebih murah. Tapi, oleh kerana perjalanan kami nanti adalah lewat malam, jadi mahu tak mahu akhirnya kami perlu memilih OUIBUS – 11.30 malam. Boleh rujuk lampiran di bawah untuk butiran perbezaan yang berkaitan.

*bukan tarikh sebenar

MEGABUS –> FLIXBUS

flixbus-london-paris

 

NATIONAL EXPRESS

national-express-london-paris

 

OUIBUS
ouibus-london-paris-promo ouibus-london-paris

ouibus-london-paris-2

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI