Naik Bus dari Paris ke Amsterdam

Selesai sudah menimba pengalaman di negara sekular Perancis. Kini tiba pula giliran Netherlands pula. Di sini kami memilih Amsterdam sahaja. Idoknya nak ke tempat lain. Sebab rasanya tumpuan pelancongan yang dikehendaki hanya disini. Bajet pun ciput, jadi fokus kepada mana yang popular sahaja ahaks.

Sekali lagi, kami menaiki OUIBUS dari Paris Bercy. Naik bus dari pukul 8 mlm macam tu. Sampai di xxxxx central, Amsterdam sekitar pukul 6 pagi kalau tak silap.

Perjalanan lancar dan tidak terganggu langsung. Mungkin aku nyenyak tidur kot. Jadi, bangun je tido dah sampai amsterdam. 

Sampai awal sangat, jadi kami lepak di Starbucks minum air panas panas dulu. Sebab cuaca sangat sejuk dan berangin. Memang menggigil ler hahahahhaa. Tapi aku suka sebab merasalah juga pengalaman musim sejuk di negara mat salleh kan ahaks. Lepak sebentar di Starbucks sambil call Salina Mansyahar. Sibuk buat laporan itu ini katanya.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Amsterdam ni kecil je. Pusing sana sini akan jumpa tempat yang sama. Jadi tak risau ler sangat. Dari xxxx central, kami naik train menuju ke Amsterdam Central. Satu station je pun.

Cuaca sangat sejuk dan kami jalan kaki menuju ke tempat penginapan seperti yang telah diberikan direction nya oleh tuan rumah. 

Kami sampai awal. Tapi tuan rumah benarkan kami check in bag awal. Jadi kami tinggalkan bag dalam rumah tu dan keluar jejalan sekitar amsterdam dahulu.

Ada juga bertanya dan minta pandangan dia mengenai pengangkutan terbaik. Katanya tak perlu pun ambil pakej naik train. Jalan kaki atau hanya naik basikal je sudah memadai. Sebab dekat je sana sini. 

A post shared by MNM (@denniszill) on

Jadi kami pun follow je. Sebab kebanyakan suggestions yang dia bagi adalah menjimatkan. Sangat bajet katanya huhu.

Lagipun dia pernah ke KL – Melaka – Penang. Jadi serba serbi dia sangat berpengetahuan mengenai Malaysia. Lucky kan… 

Ohh ya, disini memang ramai Indonesia. Mungkin sebab mereka pernah menjajah sana kot. Kolonial katanya u olllz. Macam kita lah juga. Ramai ke UK. Ermmmm kedai indonesia pun banyak kat sini. 

A post shared by MNM (@denniszill) on

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI