Naik Bus National Express Coach?

national-express-coach-london

Ada banyak coach operator yang menghubungkan Lapangan Terbang Heathrow London dengan lebih 500 destinasi. Namun, operator terbesar dan yang mendominasi disini ialah National Express. Jadi, aku rasa, baik naik je National Express ini. Alang-alang terbesar kan? Aku beranggapan perkhidmatan yang diberikan semestinya OK secara average.

Ketibaan aku dijadualkan pada pukul 4.15 petang waktu tempatan. Naik kapal Airbus Jumbo, jadi rasanya mesti ambil masa juga untuk urusan turun dari kapal, ambil bagasi, kastam dan yang paling penting di imegresen. Agak-agak ambil masa berapa lama? Teringat dulu masa jemput kawan di KLIA yang baru balik dari London menaiki pesawat Airbus MAS, aku tunggu lebih sejam. Katanya beratur panjang sebab nak keluar kapal yang berzaiz jumbo + menunggu bagasi keluar. Pengsan.

Senang-senang, aku bajet 1 jam 30 minit kot. Jadi, aku boleh pilih antara 2 masa berlepas dari Terminal 4 Heathrow London – Victoria Coach Station sama ada 7.05 ptg atau 8.40 mlm. Jarak masa perjalanan adalah 2 jam 10 minit. Aiyooooo, lama betul dan perlu diingat, kalau naik bus ini apa-apa hal boleh terjadi sebab semuanya bergantung kepada keadaan kesesakan lalu lintas. Lagipun hari Jumaat….mesti sesak.

Perlu semak alternatif lain sebab malam itu juga aku nak kene pergi Paris dengan menaiki Bus sekitar pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam. Perkiraan perlu betul.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI