Naik Cable Car Langkawi

 

Aktiviti kedua kami di Langkawi pada hari berikutnya ialah nak Cable Car Langkawi. Dulu namanya SkyCab tapi sejak bertukar pemilik, namanya jadi Panorama Langkawi hihi.

wp-image-786500040jpg.jpg

Seawal 7 pagi kami keluar sarapan semata-mata untuk pastikan kami sampai Oriental Village sekitar pukul 8.30pagi. Alhamdulillah, segala perancangan berjalan lancar. Tak susah nak ke sini, google maps atau wase je. Sebab line Celcom memang terbaik disini. Line Umobile dan Maxis di Langkawi memang kelaut hihi.

Tak tahu pula, untuk beli tiket naik cable car Langkawi pun boleh dibuat secara online. Jadi, tak perlu susah-susah nak beratur sebenarnya. Apapun, oleh kerana kami pergi awal jadi tak lah beratur panjang sangat. Masih boleh diterima lagi.

wp-image-1924352842jpg.jpg

wp-image-2006740999jpg.jpg

Harga tiket untuk seorang (basic) ialah RM30 sahaja. Waktu pelepasan kami ialah pukul 9.30 pagi. Tatkala itu, berdebar juga sebab cuaca mendung, kabus dan gerimis. Harap dapat naik je lah pada ketika itu. huh

Pukul 9.15 pagi, kami dipanggil untuk beratur sebelum menaiki. Tak lama… just nice ???

Berdebar yang amat amat Ok time naik tu…walaupun sudah naik untuk kali kedua hahahaha. Aku siap buat LIVE FB lagi kat Personal Account.

Sejuk dan nyaman sahaja di atas ni.

Nak naik SkyBridge tu, kene bayar RM5 (jalan kaki) atau RM15 (naik train). Sengaja ambil RM5 sebab nak jimat RM10 sebab kami berlima…banyak benda boleh beli dengan duit itu. Gigih berjalan menuruni dan mendaki bukit. Agak curam tangganya.

Suasana sangat nyaman dan berangin di kawasan SkyBridge. Sedap je rasa. Gementar jugalah sebab jambatan tu bergoyang-goyang sebab angin kuat hahahaha. Aku naik sampai separuh je. Takut.

img_20161213_105721

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI