NAMA ANAK ANAK KUCING

image

Semuanya bermula daripada keinginan aku untuk ‘bertemankan’ seekor kucing. Sunyi kot duduk rumah seorang sokmo. Bosan dan very the tiada hiburan huhu. Yeah, akhirnya pada Aidiladha 2011 yang lalu secara tidak sengaja kot. Tetiba terus beli anak kucing parsi di Melaka. Jenuh memikirkan nama dia. Last last dapatlah nama Cici. Nama ini datang daripada watak isteri goku dalam komik Mutiara Naga 🙂

Daripada nama cici itu, maka datanglah 1001 idea untuk bagi nama tambahan bagai untuk anak kucing ini huhu. Cici Esmidar Gonzles + Cici Faramidar + Cici Fatimah dan bla bla bla.

Cepat betul masa berlalu.Cici dah beranak pinak rupanya sekarang ini hahahaha. Ada 4 ekor anak. Rasa macam tak percaya pun ada jugak. Cepat pulak budak budak ini membesar. Sihat sihat belaka. Pandai pulak jaga anak kucing ini hahaha.

image

Nama anak kucing ini ialah Mia. Seperti biasa, nama panjangnya memang perlbagai. So far aku letak Cik Mia Sarajevo Al-Burke. Esok lusa tak tahu nama tambahan budak ini hahaha. Mia-lah anak kucing yang paling tangkas dan cepat membesar bernading adik beradinya yang lain. memang tak larat nak layan.

Kalau kita perhatikan daripada raut wajahnya, dia ini boleh digelar cici Junior cz mukanya memang saling tak tumpah mak dia time kecil kecil dahulu.

image

Anak kucing ini pula namanya Foxie. Kekadang aku letak nama Foxie Fertado Fernandes. Kekadang tu aku letak Cik Foxie Wan Kembang. Cuba perhatikan muka Foxie ini. Nampak pelik kan? Dah macam muka musang pun ada juga rasanya. Hidungnya taklah pesek sangat. Tu yang senang nak jaga. Cuma yang letihnya tu dia punya bulu yang very the mengembang. Badan kecik je. Tapi dek kerana bulunya yang kembang sokmo tu, dia nampak gemok buntal.

waktu kecilnya sangat kasihan cz dia merupakan anak kucing yang paling lambat membesar. Paling last sekali yang pandai berjalan. Sedih. Jenuh dok ajar dia berjalan katanya huhu. Syukurlah nak.

Tengoklah mukanya. Muka minta kesian bukan? Awas. Jangan terpengaruh dengan raut wajahnya yang very the. Suka benar masuk dalam kain orang. Pantang ada lubang, disitulah dia nak masuk. Pastu very the suka lepak atas ipad / Samsung Tab. Konon artis lah tu.

image

Haaaaa, sila berhati hati dengan anak kucing ini. Namanya Orange J. Jangan terpengaruh dengan susuk tubuhnya yang kecil tu. Mulut tempayan nie. Suara dia paling lantang. Dah macam suara budak kecil pun ada jugak nie.

Anak kucing yang paling ringan diantara adik beradiknya yang lain. Aku ingat dia ini jantan. Rupanya betina. Pemalas. Suka landing / lepak sesuka hati dimana sahaja yang dia rasa sesuai. Kekadang tu dek kerana warna bulunya yang very the macam warna sampah / kapet tu, aku terpijak dia hahaha. Sesuai sangat dengan muka dia hahahahahaha.

image

Nama budak ini Shocky. Kekadang eja Sockie / Shocky dan bla bla bla. Tapi tak kisahlah. Yang penting asal usul nama tu ialah dek kerana warna bulu putihnya yang dah macam stokin. Haaaaa, ini kucing jenis anak dara sunti. Suka letak kat atas tilam dan tempat yang empuk. Kiranya nak tempat yang lebih ekskusif berbanding yang lain.

Dia punya hidung paling pesek berbanding yang lain. tu yang sokmo kene cuci mata dia tu. Kiranya dia perasan paling cantik lah tu kot hahaha. Tengok je muka dia. Muka minta dikasihani. Tak larat dengan minah nie.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI