Entry kedua aku mengenai Restoran Pak Putra Ayam Tandoori dan Roti Naan hihi. Alang alang datang melaka sekejap, singgah makan roti naan cheese dan ayam tandoori disini. Kunjungan aku sebelum ini tak dapat merasa ayam tandoori. Tu yang dok datang sekali lagi tu hihi.
Aku plan nak order Chicken Hyderabad yang super pedas tu. Tapi takut tak habis lah pulak hihi. Takpe, next time.
Restoran ini dibuka bermula jam 5.30 petang hingga 2.00 pagi katanya. Ditutup pada hari isnin secara berselang seli. Gitew.
Korang boleh tengok cheese pada roti naan pada gambar. Memang heaven bukan? Rotinya memang lembut dan sangat enak dimakan. Cheese nya pun banyak. Tu yang aku suka. Memang patut pun pelancong dari luar negara gigih datang sini semata mata nak merasa roti naan di restoran ini. Berbaloi.
Oh ya, time aku datang tu waktu petang. Area jam 5.30 petang jugak lah. So, ayam tandoorinya kelihatan agak basah lagi. Ini kalau nak sedap makan ayam tandoori memang kene datang area jam 8.00 malam lebih camtu. Time tu rasa rempah dan aroma ayam tandoorinya mesti sesedap rasa sokmo huhu.
Oh…Mango Lassi Forever!!!
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +