PAMERAN IKAN DISCUS ANTARABANGSA KE 6

Tadi aku berkesempatan untuk pergi ke majlis Pembukaan / Perasmian Pameran Ikan Discuss Antarabangsa kali ke 6 di Kenangan Wholesales, Kuala Lumpur oleh YB Menteri berkaitan.

Walaupun hari baru lepas hujan, lucky semasa aku pergi tadi.. Jalan tak lah jem sangat. Kira OK je. Sedikit teruja juga nak pergi sini cz khabarnya Kenanga Wholesales ini popular dikalangan makcik2 untuk memborong segala macam pakaian. Apapun, ada aku kisah?

Oh, rupanya hari ini ialah hari pertama pembukaan pameran ini. So, no wonderlah keadaan persekitarannya mcm sedikit belum bersedia menerima kehadiran orang luar. Tapi, kata International? Tak kan macam ini sahaja? Pelik.

Aku aspek adalah jualan bagai. Tapi macam tak ada pula. Pemamir seakan masih bz mengemas booth masing masing. Tak nampak any transaction bagai. Jadi, di mana klimaknya? Apa daya tarikannya? Kenapa mereka buat di sini? I don’t think so people around there akan datang ke sini. Siapa test market mereka? Bukan ke selalunya pameran seperti ini dibuat di KLCC yg juga berhampiran dgn Aquaria KLCC? Market ada disana. Yang lucunya, tetap ada pengaruh ikan arowana. Pengsan…

Persoalan pertama yg aku fikirkan, ramai ke yg dtg nanti? Hurmmm..

Apapun, pameran ini diadakan di tingkat 15 Kenangan Wholesales Kuala Lumpur. Dibuka pada hari ini sehingga ke ahad nanti. Mungkin waktu hujung minggu nanti akan ramai yg dtg kot.

Apapun, ikan discuss ini macam ikan bawal. Sedap dimakan. Nyum nyum..