Minggu lepas, aku dok berkursus seminar bagai di Pulai Spring Resort Johor Bharu. Nak duduk situ, mahal sangat. That why duduk je di Pariss Hotel Johor Bharu. Aku ON je 🙂 Rugi tak ambil gambar Pariss Hotel dari luar. Hotel ini katanya ala-ala berkonsepkan butique hotel huhu. 3 bintang rasanya.
Chanteq sebenarnya hotel ini. Baru kan? Nama pun Pariss Hotel. Haruslah nampak gah. Hotel ini terletak berhampiran / bersebelahan dengan AEON Bukit Indah + GIANT + TESCO – Taman Nusa Bestari. Aku ada kenangan di kawasan ini dahulu hihi. Pernah makan Dominos Pizza + Old Town White Coffee + datang ke Klinik Khor & Khor haha. Time tu suasananya taklah sesibuk macam sekarang. Aiii, cepat betul masa berlalu. Oh, sedey.
Disini aku sertakan beberapa keping gambar yang sempat / dapat aku ambil sepanjang 3 hari 2 malam aku menginap disini. Imprezzz jap cz hotel ini ada menyediakan ubat dan berus gigi. Agak jarang kot aku menginap di hotel di Malaysia ini yang menyediakan berus dan ubat gigi. Pengsan.
Akan tetapi, aku agak culture shock sedikit cz disini tidak disediakan peti sejuk. Pengsan. Aku dah lah dok suka tapau air kat luar. Boleh plak tiada peti sejuk. Alamak
Bilik yang aku duduk tu area RM160 semalam ( dengan sarapan pagi sekali ). Terlupa plak nak ambil gambar time kami sarapan pagi time tu. Sedih. Apapun, aku imprezz jap cz nasi lemak disini berwarna hijau. Pengsan.
Tahap kepuasan aku duduk disini ialah 3/5. Peace
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +