PASANG GRILL RUMAH TIARA PARK HOMES

image

Syukurlah dik cz tingkap rumah sudah di grill. Kami sebulat suara untuk buat grill yang kecil-kecil jaraknya. Rumah ada kucing, so mahu tak mahu kene buat grill mata kecil – 2 inci.

image

Total harga yang perlu dibayar ialah RM1830 untuk grill sahaja. Kalau ambil mata 4 inci harganya boleh jadi murah lagi.

Harga ini kira paling murah. Sebelum ini kami usha usha dengan kontraktor lain. Masing masing diorang bagi harga RM3000. Mahal yang amat. Normally kalau mahal ini cz diorang jadi ‘orang tengah’. Diorang makan atas angin je. Tu yang mahal !!.

Tak pasti bila nak pindah ke Tiara Park Homes , Bukit Mewah Kajang ini. Rasa macam makin jauh je dengan pejabat.

Tapi rasanya hujung bulan ini memang akan pindah rumah. As of now aku dah start fikir cara nak pindah rumah hahahahaha.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI