PASAR BORONG SELANGOR

Seriously, selama ini aku teringin sangat nak ‘beli belah’ kat pasar borong. Tak kisahlah pasar borong selangor atau pasar borong selayang. Nak gak tahu apa ada kat dalam tu.

image

Semalam aku dapat r jugak jimba2 kat Pasar Borong Selangor nie. Dekat je rupanya. Kat Seri Kembangan je pun. Aku datang sini pun nak cari bekas air – jumaat sampai ahad nie akan ada gangguan tekanan air kat apartment kitorang. Pengsan

image

Oh. . Baru aku tahu, nak masuk sini kene bayar RM1 per entry. OK fine.
Besar gak rupanya tempat nie. Ada banyak kedai dan kebanyakannya nampak mcm konsep borong je. Nama pun borong kannnnn haha

image

Nampak macam murah je barang barang kat sini – kot. Not sure cz aku pun bukannya selalu sangat membeli belah nie hahaha.

Aku aim nak beli periuk cap buaya je nie. Karang aku nak tengok stok periuk mak aku kat kampung. Agak2 harga berpatutan, boleh r bagi makcik tu periuk belanga cap buaya or helang. Makcik2 kampung memang suka jenama nie huhu. Takdanya nak guna tefel or eden bagai. Buaya tetap dihati

Makcik2 office pun prefer cap buaya nie. Aku as anak2 nie ikut je kata makcik2 yg berpengalaman nie huhu.

image

image

Lepas nie aku nak try usha2 tempat barang basah plak. Maybe timr cuti nanti kot. Kene gigih bangun awal nie. Nak tengok perbandingan harga dan cara perkhidmatan diorang camne.

Agak2 diorang layan ke customer mcm aku yg hanya beli barang seciput ciput dua nie? Cuit sana sini huhu.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI