Entah mimpi apa pun aku tak tahu. Tetiba, hari ini aku tergerak hati nak pergi jalan jalan di Pasar Borong Selangor. Nampak macam syok dan meriah je hihi.
Niatnya cuma satu, iaitu nak beli pembalut yang ada gelembung udara aka buble tu. Senang nak balut apa apa barang yang mudah pecah / tujuan pos. Normally, barang seperti ini beli di kedai hardware. So, memang betul lah tu. Kat sini harganya RM2.50 semeter. Aku beli 20 meter terus. Pengsan. Tawarlah kalau mahu :).
Aku ingat, pasar borong nie hanya boleh beli borong sahaja. Rupanya, belian secara runcit pun ada hahaha. Pengsan.
Best suasana di pasar borong ini. Nasib baik aku datang seorang. So, tenang dan senang aku nak ke hulu hilir tanpa ada ‘ orang’ yang bising busuk kotor bagai. Pengsan. Next time memang disinilah tempat aku beli barang barang basah ( yang heavy ).
Rasanya, harga lagi murah berbanding beli kat pasar besar kot. Nampak macam lebih fresh dan banyak pilihan je. Dalam otak aku nie dok ligat berfikir resipi masakan yang aku nak masak je hahahaha.
Untuk permulaan, aku beli cili padi, cendawan dan limau. Nyum nyum. Minggu depan, kalau free nak pergi lagi.