Pasir Kucing dan Royal Canin Murah

Menjadi kelaziman dan amalan sejak dahulu kala, aku memang suka simpan stok benda-benda yang memang akan sentiasa beli. Macam kes 7 ekor kucing parsi aku ini, diorang memang makan makanan jenama Royal Canin sahaja. Jenama lain diorang memang tak nak makan. Pernah sekali cuba jenama Equilibrio dan Orijen, diorang tak nak. Sanggup berlapar dan kurus keding.

Sekarang ini, aku tengok kat mana-mana aku ada promosi Royal Canin murah-murah. Macam aku, stok memang beli merata. Kejap kat Bangi dan kejap kat Melaka. Tengok mana lebih murah dan berkesempatan nak pergi. Memang diskaun kow kow lah. kalau tak silap, aku beli 50 kilogram pada harga diskaun. Anggaran 10 kilogram untuk 7 ekor kucing boleh tahan 1.5 hingga 2 bulan. Boleh lah pakai untuk 10 bulan kan. Bukannya selalu kedai jual harga promosi untuk Royal Canin nie. Kau grapppp banyak-banyak buat stok. Senang.

Sebelum ini aku beli Royal Canin jenis Persian 32 atau Persian Kitten atau Mother sahaja. Tapi dek kerana kosnya yang agak tinggi, aku cubalah beli pelbagai jenis Royal Canin. Alasan aku ialah, ramuannya je yang berbeza sukatannya. Rasa dan baunya macam lebih kurang sama je kot.

Emmm Ohhhh Ya. Alhamdulillah, syukur sebab diorang masih berselera makan Royal Canin walaupun jenis yang berbeza. Macam sekarang ini aku bagi makanan jenis Indoor. Tak tau (tak pernah baca label) plak rupanya kelebihan makanan jenis Indoor ini ialah dia boleh kurangkan kuantiti najis + baunya sekali. Memang senang hidup lah aku sebab tak banyak tahi yang diorang hasilkan tiap hari. Aku plak tak susahlah nak membersihkannya tiap hari.

Same goes to pasir kucing Cat’s Best OkoPlus. Pasir kucing ini adalah organik. Rasanya dah banyak post aku bercerita pasal pasir kucing jenis ini. Bertahun sudah aku menggunakannya. Tiap kali beli memang kekadang cecah ratus kilogram jugalah membelinya huhu. Sangat sesuai untuk mereka yang tinggi di apartment / kondo atau yang seangkatan dengannya. Senang jirus, kurang berbau berbanding pasir biasa dan penggunaan yang ompimum dan menjimatkan. Harganya pun berbaloi dan jika dikira…memang lebih jimat

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI