Tengahari tadi, aku dok hantar Salina pergi beli barang di Sophie Paris @ PJX-HM Shah Tower, Petaling Jaya. Dia kata, ini HQ. Aku pun tiada komen, just hantar sahaja dia. Nak beli jam untuk diri sendiri dan baju untuk kakak dia katanya.
Kesian aku tengok dia…pada masa yang sama aku tergamam dengan layanan $$#^&&/) daripada staff yang menjaga Sophie Paris @ PJX ini. Ya tuhan ku, diorang ini nak bekerja/meniaga ke tak? Layan secara acuh tak acuh je.
Hairan aku dengan Salina, still gigih nak membeli juga. Kalau aku, memang tak nak beli kat tempat yang macam ini. Alasannya, harga murah. Pengsannnn.
Tak faham aku dengan diorang. Body language yang buat aku sakit hati / annoying. Tahan je lah. Korang ini dah kenapa?
Memang sudah wajib attend kursus customer service.