PULAU LANGKAWI

Disini, aku akan kumpulkan kesemua entry entry aku yang berkaitan dengan pengalaman 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi. Secara ringkasnya, aku menyimpulkan bahawa percutian aku kali ini agak kurang ummmppppphhhh!!.

Ada banyak faktor yang mempengaruhi mood aku sepanjang percutiannya. Antara yang paling utama ialah masalah gangguan bekalan air di tempat penginapan aku – Cenang Rest House, Pulau Langkawi yang sangat mengecewakan + amarah yang membahang bahang. Sila jangan ikut jejak langkah aku untuk menginap disini – nasihat peribadi.

Jika ditanya, adakah aku ingin pergi lagi ke Langkawi?YES, besar kemungkinan aku akan pergi lagi. Time tu aku nak rancang betul betul perjalanan aku. If let say pergi sendiri pun aku sanggup. Ada banyak tempat yang boleh dilawati kat Langkawi ini. Cuma nak kene rancang betul betul. Tak boleh main redah je. Feel That Moment beb.

Aku nak juga merasa Mangrove 🙂 Yup, aku pencinta alam semulajadi. Mungkin juga next time nak jimba jimba Pulau Pinang – Kedah – Perlis. Cant imagine betapa bahagia dan tenangnya melihat tempat orang. Pengalaman yang menarik tu. Yang penting, nak merasa masakan tempatan ahaks

1

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI