PENGALAMAN DI DISNEYLAND HONG KONG

Disneyland memang termasuk dalam perancangan sepanjang berada di Hong Kong. Memang dah beli awal awal via online pun hihi.

page1

Kami pergi pagi-pagi buta semata mata nak datang awal ke Disneyland Hong Kong ini. Pada hari kami pergi tu, Disneyland dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam. Kalau tak silap, kami bertolak dari Kowloon area jam 6.30 – 7.00 pagi huhu.

page2

Untuk mengetahui mengenai info perjalanan aku, boleh rujuk entry utama aku pada hari kedua di Hong Kong ini. Takpun, kalau ada sesiapa yang nak bertanya aku tu silalah rujuk laman web Disneyland Hoang Kong dan juga MTR Hong Kong dulu. Diorang lebih arif hihi.

page3

Cantik OK train yang membawa pengunjung menuju ke Disneyland Resort ini ( Sunny Bay –> Disneyland Resort ). Semuanya bertemakan watak watak disney huhu. Comel.

page4

page5

Semua orang dok sibuk ambil gambar sana sini. So, memang terpaksa ambil gambar secara rawak. Lagipun, ramai je yang bawa kamera yang besar gedabak bagai. Biasalah, orang sini memang kaya raya semuanya. Ala ala kamera DSLR ini memang tahap anak anak diorang je hahaha. Pengsan banyak kali.

page6

Here we go. Disneyland Hong Kong aku datang 🙂 Syukur alhamdulillah. Kami berkesempatan dan diberikan rezeki oleh Allah untuk menjejakkan kaki di bumi yang diduduki oleh kaum Han ini.

page7

Sampai je kat pintu gerbang, terus ambil gambar sana sini. Aiiiiii baru sampai dah posing sana sini. Macam mana tu? haha

page8

Kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk masuk ke dalam Disneyland ini cz dah beli tiket awal awal huhu. One more thing, diorang akan check beg yang dibawa masuk ke dalam. Memang akan raba raba beg tu. Tak tahu apa sebenarnya yang diorang tak bagi bawa masuk ke dalam. Macam kes kami, memang kami bawa bekal macam power bar dan juga some makanan ringan as our alas perut nanti. Yelah kan, memang susah nak dapat makanan halal kot di sini. Kalau ada pun ada di Adventureland. Disitu ada restoran halal. If let say lapar yang amat memang kami akan singgah makan disana. Matilah dengan harga makanan dan minumannya.

page9 page10

Disini, diorang bagi angpow berupa coklat juga. Nyum nyum aku suka rasa coklat dia. Lebih sedap berbanding apa yang diberikan oleh MAS sebelum ini.

page11 page12 page13

Kami terus naik train di Main Street USA. Kononnya nak jalan jalan sekeliling tengok pemandangan dahulu. Tapi, train itu berhenti di Fantasyland pulak. Kami dipaksa turun! Sentap.

Oleh kerana pengalaman di Disneyland ini super duper panjang, jadi aku akan buat entry bersiri. Nak buat macam maana dek nooon. Aku memang suka berleter kat blog peribadi aku ini. Eh, aku bayar kot domain dan juga hosting hahahaha. Matilah.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI