PENGALAMAN DI GOLDEN LOUNGE SATELLITE KLIA

page1

 

Seawal jam 4.15 pagi aku bangun – kegigihan yang menyerlah. Ini semua semata mata nak naik teksi (kononnya) jam pukul 5.30 pagi. Tiket flight jam 9.15 pagi. That why kene gigih pergi awal sedikit. Tapi nak buat macam mana, kol operator teksi, tapi budak tu kata tiada teksi yang berada di sekitar Putrajaya pada ketika itu – seperti yang telah dijangka. Nasib baik awal lagi, so kami pun gigih pergi ke Terminal Bus Bandar Tasik Selatan. Disana parking kereta per entry ialah RM3 sahaja. Jadi, kalau letak beberapa hari pun cuma perlu darapkan sahaja. So, senang dan murah. Aku percaya dengan tahap keselamatan disana. Lagipun disitu orang memang tak putus putus datang dan pergi. Sampai je disana, aku imprezzz cz parking kereta hampir penuh hihi. Pengsan.

Lepas je parking kereta, so kami pun naik ERL menuju ke KLIA. Oh Tidak! harga tiket dari TBS ke KLIA sangat mahal OK. Lebih kurang RM26 lebih macam tu. MAHAL SANGAT.

page10

Apapun, kami sampai lebih kurang jam 7.00 pagi di KLIA. Selesai je solat subuh, kami proceed untuk check-in dan terus masuk sarapan.

page2

page3

Ini pertama kali masuk ke Golden Lounge Satellite KLIA. Oh, kalau ambil business class via MAS boleh masuk ke sini. Ada banyak kemudahan di sini. Agak luas dan selesa. Sangat privasi suasananya.

page4

page5

Golden Lounge Satellite ini dibuka 24 jam. Oh, aku memang terus makan makan makan dan makan disini. AKU TERSANGAT LAPAR OK haha. Mana boleh makan lewat lewat. Ada banyak jenis makanan – nasi lemak, roti, salad, buah buahan, nugget dan pelbagai jenis minuman. Syukurlah nak. Tempat ini pun agak luas. Cuma aku tak ambil gambar sangat kawasan sekitarnya cz tak mahu di cop jakon hahaha.

page6

Disini ada banyak Haagen Dazs hahaha. Haruslah aku ambil dan makan banyak banyak. Oh, bila lagi nak dapat makan free macam ini. Iyer dok?

Tapi aku tak berkenan sangat dengan rasa masakan disini. Rasanya tak berapa nak fresh dan macam keras semacam. Mungkin dek kerana sokmo dipanaskan je kot. Yelah kan, tempat ini kan dibuka 24 hrs. Tu yang rasanyapun agak kureng je tu.

page7

OK, kemana mana sahaja semua orang memang akan dan terpaksa masuk dalam tandas. Aku tengok, tandas kat sini memang tip top. Walau dimana sahaja aku pergi, tandas di Malaysia ini memang the best – ada paip pili air untuk cebuk haha.

page8

Bau kat sini pun sesedap hidung menghidu macam tu. Nak tidur kat sini pun tak per.

page9

Aku suka dengan keluasan KLIA ini hihi. Selesa. Patutlah KLIA ini dapat award antara lapangan terbang yang terbaik di dunia. Memang betul pun.

page11

page12

OK. Ready to Fly Babeh! Hong Kong, disini aku datang.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI