Tempat pertama yang kitorang lawati di Pulau Langkawi ini ialah Laman Padi. Imprezzzz jap cz pintu masuk ke laman padi ini very the menyedihkan. OK, boleh terima alasan – under construction.
Kalau tak tengok betul betul, memang tak percaya ini adalah salah satu tempat tarikan pelancong.
Cantik kawasan ini. Tapi sayang, time aku pergi ini masih lagi dalam proses naik taraf. So, tak boleh nak fully sangat melawat tempat ini.
Ini kalau buat gambar kawen pun cantik gak ni. Very the bendang. Insyaallah, mesti terlebih cantik nanti time dah siap proses upgrade nya.
Ada jugak bertanya makcik yang sapu sampah kat situ, dia kata memang semua tempat kat sini di baik pulih / naik taraf. Kecuali bendang hahahaha. Yelah kan, bendang tu nak dinaik taraf tang mana plak.
Apa yang menyedihkan ialah, nampak macam pengurusan kat sini bermasalah. Tak terurus. Contoh paling senang ialah papan tanda arah, papan kenyataan dan pintu masuk. Haiiiii, sebagai rakyat Malaysia, aku malu.