Antara sunscreen popular di internet dan sering disebut oleh influencer di media sosial adalah Sunscreen Skin Aqua Tone Up UV Essence. Katanya, ia adalah Physical Sunsreen. Sesuai untuk kulit berminyak atau kombinasi khabarnya.
Ber SPF 50+ PA++++ khusus untuk defence againt UV light and bring out our skin’s translucency. Aku sudah guna lebih dari 3 bulan atau lebih (kalau tak silap). Tapi pakai pada hari bekerja sahaja. Guna di pejabat 2 kali – Waktu pagi dan selepas solat Zuhor.
Baca: Review Selepas Lebih 3 Bulan Guna Hada Labo Cleansing Oil
Pertama kali menggunakannya dahulu, Ya Tuhan, terasa sangat seronok dengan hasil dan perbezaannya berbanding jenama sunscreen yang aku gunakan sebelumnya. Ada effect pinkish (bagi aku). Ringan dan kulit tidak berminyak. Langsung tak terasa atau nampak, aku gunakan sunscreen pada kulit wajah / leher.
Ia agak lambat untuk blend / menyerap pada kulit. Jadi, perlu tunggu beberapa ketika untuk pastikan krim sunscreen ini betul-betul meresap pada kulit. Aku guna pada kuantiti yang disarankan iaitu 2 jari (pada kulit wajah) dan 1 jari (pada leher – yang ini aku sengaja tambah sendiri).
Agak lama juga nak habiskan stok sunscreen Skin Aqua Tone Up UV ini sebab ia dalam bekas 80g. Agak murah juga lah kot harganya. Sekitar RM65 lebih. Gigih nak habiskan satu bekas ini. Berbulan lamanya. Aku dah lah cepat bosan. Walaupun produk bagus, tapi bosan juga kalau pakai benda sama setiap hari untuk berbulan lamanya. Ish ish ish ish
Apapun, ia merupakan antara produk yang aku rasa terbaik dan sesuai dengan kulit muka aku. Benar-benar sama seperti apa yang influencer popular media sosial katakan.
Baca: 1001 I Miss You Quote for Him and Her
Ingredients
Water, Alcohol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Butylene Glycol, Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone, Titanium Dioxide, Polysorbate 60, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Methyl Methacrylate Crosspolymer, BIS-PEG-18 Methyl Ether Dimenthyl Silane, Glycol Dimethacrylate Crosspolymer, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methophenyl Triazine, Acrylates Copolymer, Synthetic Fluorphlogopite, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Triethanolamine, Ammonium Acryloydimenthytaurate/VP Copolymer, Silica, PEG-12 Dimethicone, Polystyrene, Polyvinyl Alcochol, Disodium EDTA, Xanthan Gum, Alumina, Fragrance, BHT, Polyglyceryl-2 Triisostearate, RED 30, CL 73360, Tin Oxide, Blue 1, CI 42090, Sodium Hyaluronate, Magnesium Ascorbyl Phosphate, Hydrolyzed Prunus Domestica, Passiflora Edulis Fruit Extract, Rosa Roxburghii Fruit Extract.
Apa yang seronok lagi mengenai produk ini adalah, ia tidak memedihkan mata. Kemudian, senang nak cuci. Aku memang cuci muka dengan menggunakan pencuci biasa di pejabat. Tapi kekadang kalau lupa dan nak cepat, aku cuci muka dengan menggunakan air biasa. Ehhh boleh cuci dengan bersih juga. Berbeza dengan sunscreen sebelum ini yang memang wajib perlu cuci dengan menggunakan pencuci muka. Senang nak ambil wudhuk.