Pengalaman Menginap di Resort World Awana Kijal, Kemaman Terengganu

Lama pula kena oustation di Kemaman. Selalunya kalau oustation di Kemaman, kami akan menginap di Cherating, Pahang je. Sebab suasananya lebih meriah dan rasa seronok menginap di The Legend Hotel, Cherating.

Program di Pantai Kuala Kertih. Katanya hotel paling dekat adalah di Paka.

Tapi, oleh kerana bos-bos duduk di Awana Kijal, jadi kami pun ikut je lah. Mungkin kapasitinya besar dan mudah untuk urusan berkaitan kot.

Besar dan kagum tengok kebesaran hotel ini. Jelas terserlah senibina perkayuannya. Rasa macam rumah besar pula tengok gayanya.

Ini adalah pemandangan dalam bilik kami. Sedih sebab saiznya yang agak sempit. Bilik pula terletak di aras tepi dan dekat dengan dapur rasanya sebab asyik bau makanan je hahaha.

Kawan yang pernah tinggal disini beritahu, dahulu diorang dapat saiz bilik yang lebih besar dan selesa. Agaknya kami dapat bilik yang biasa-biasa sebab penuh kot. Ramai yang menginap dalam satu masa.

Bilik kami menghadap padang golf. Jadinya nampaklah orang main golf dari tingkap. Actually boleh nampak pantai kalau bilik aras atas lagi.

Ermm, secara kebetulan ada majlis perkahwinan ala-ala tema tepi pantai. Alololo sweet sangat.

So far, aku sangat puas hati dengan suasana restaurant kat sini. Menu sarapan paginya agak banyak. Andaikata datang bekerja secara santai, memang aku akan nikmati sepenuhnya suasana dalam restaurant.

Rasa masakannya pun not bad. Sedap.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI