Aku menginap di Cenang Rest House Langkawi sepanjang 4 hari 3 malam ini. Suatu pengalaman yang agak mengecewakan. Bagi mereka yang sedang mencari tempat penginapan bajet di Langkawi ini, sila jangan pilih Cenang Rest House Langkawi. Ini nasihat peribadi aku.
Tak menyempat lagi nak ambil gambar persekitaran Cenang Rest House ini. Nanti aku update lagi.
Dengan harga RM90 lebih, aku memang aware dengan keadaan bilik yang simple simple je. Tapi azab sangatlah kalau masuk masuk diorang tak bagi kad untuk hidupkan lampu. Sentap.
Lantai agak berpasir sedikit. Biasalah, depan tu memang pantai. Memang aware huhu. Yang tak syoknya, diorang lupa nak bagi tuala. Pastu bagi sabun ciput je. Sentap.
Yang paling azab sekali, kat Cenang Rest House ini ada masalah air. Tak cukup generator untuk tolak air keatas katanya. Bangunan baru katanya. Budak yang jaga tu kata, pukul 12 tengah malam kot baru ada air. Alasannya time tu orang kurang guna air. Hangguk betul.
Minta tuala pulak, orang tu boleh kata tuala dah habis. Hangguk lagi sekali. Memang tak syok lah agaknya sepanjang 4 hari aku kat sini. Suatu pengalaman yang tidak menyeronokkan menginap di Cenang Rest House Langkawi. Sebagai salah seorang customer yang telah membayar perkhidmatan ini, aku rasa teraniaya dan amat tidak puas hati dengan layanan dan service yang disediakan.