Hampir sebulan lebih aku menjalankan perniagaan online melalui Kerinchi.Com. Salah sebuah produk di bawah Mykeledek Network katanya. Aku mana ada pengalaman menjalankan perniagaan. Jauh sekali perniagaan secara online. Tapi aku redah dan menongkah arus jugak nak cari pengalaman berniaga. Mana mungkin nak bergantung sepenuhnya kepada pekerjaan sedia ada.
Aku start belajar sedikit demi sedikit ( secara langsung dan tidak langsung ) daripada Naili Fertado. Asalnya aku run business online naili di Blog Mykeledek.Com. Kemudian, dek kerana ruangan dalam hosting aku makin sedikit dek kerana image dari business Naili ini. Banyak kot image produk produk naili ini. hahahaha.
Aku ambil keputusan untuk asingkan kesemua business naili ini masuk kedalam domain baru. Gigih aku uruskan perpindahan domain ini. Aku dan Naili akhirnya sebulat suara untuk menamakannya sebagai Naili-Shoppe.Com. Aku ambil masa beberapa hari jugaklah nak siapkan kesemua benda alah ini. Alhamdulillah, syukur aku dapat siapkan lebih cepat daripada jangkaan awal. Hampir sebulan lebih aku monitor prestasi Naili-Shoppe.Com di internet. Kira OK. Boleh run dengan baik dan aku boleh lepaskan terus kepada Naili untuk handle. No problem. Aku tak ambil bayaran pun. Niat aku cuma mahukan pengalaman dan polish ilmu pengetahuan aku. Yes. aku berjaya melakukannya.
Untuk menaikkan ranking Naili-Shoppe.Com ini, aku berkolaborasi dengan Mialiana.Com dengan membuat satu giveaway untuk orang like Fanpage Facebook Naili-Shoppe. Yes, strategi ini sedikit sebanyak berjaya dan berkesan dengan mewar-warkan kepada warga online akan kewujudan Naili-Shoppe.Com ini. So Sweet bukan haha.Segmen copy & paste yang nyata kreatif dan mudah untuk dibuat. Tahniah dan terima kasih atas kejasama tersebut.
Aku punya perancangan yang lebih untuk perniagaan online ini. Aku ambil keputusan untuk buat sendiri perniagaan online ini ( Fully Own ). Asalnya nak share dengan Rohaya dan Pinas, tapi diorang sibuk dengan kerja dan komitmen masing-masing. So, terpaksa aku buat sendiri. Pengsan.
Aku beli domain baru dengan nama Kerinchi.Com. Jenuh aku memikirkan nama apa yang sesuai untuk domain aku. Pening kepala jugak aku nak fikirkan. Its take 2 days jugak aku betul betul yakin nak ambil nama Kerinchi.Com itu. Namanya agak unik dan cache bukan? hihi.
Aku ambil masa 2 hari untuk fully setup blog baru ini. Yelahkan, makin lama, proses makin mudah dan senang untuk diuruskan. Laju je buat. Tak susah mana pun. Untuk blog ini, aku ambil theme Mantra daripada WordPress.Org. Theme ini aku tengok merupakan antara theme yang popular jugak dari segi rankingnya di dunia ini. Susun atur dan designnya pun nampak sesuai dengan konsep jualan / perniagaan online aku. So, aku proceed sahaja.
Nama pun fully own by Mykeledek Network. Jadi, sudah semestinya ku buat lebih baik daripada Naili-Shoppe.Com dan Mykeledek.Com. Aku punya perancangan dan masa depan yang panjang untuk Kerinchi.Com ini. Insyaallah semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Ranking dan kedudukan Kerinchi.Com ini berjalan dengan lebih pantas dan laju berbanding 2 blog sebelumnya. Pengalaman mengajar aku akan erti SEO. Sambil buat sambil belajar perkara baru. SEO ini ilmu yang tak pernah habis untuk dipelajari. Oh, besar kemungkinan, nanti aku akan share beberapa tips dan pengalaman aku akan SEO ini di Myekeledek.Com. Siapa tahu?.
Dalam perniagaan online, aku menfokuskan kepada bidang kecantikan dalaman – makanan / minuman tambahan. Produk Aura White, Ferwhite dan Glutaking ( setakat ini ). Aku tidak pasti apakah perancangan pada masa akan datang. Aku sedaya upaya untuk tidak menjual barangan atau produk yang sama dengan apa yang dijual di Naili-Shoppe.Com. Kita elakkan persaingan antara rakan rakan. Jika ada, kita galakkan untuk berkoloberasi antara satu sama lain. Soal untuk rugi itu kemudian kira. Persahabatan itu yang penting.
Sepanjang pengalaman berniaga online ini, memang tak larat nak menghadapi karenah pelanggan. Kebanyakannya ingat aku perempuan hahaha. Penggil ‘Sis’ bagai. Pengsan. aku pulak jenis darah gemuruh dan takut nak jumpa orang. Berdebar di dada ini tuhan sahaja yang tahu hahaha.
Kemudian ada juga kes pelanggan seakan cuba bermain tarik tali dengan aku. Boleh pula dia claim barang yang di hantar tak dapat. Dia dapat barang lain. Tak ke sakit hati namanya tu. Aku cuba bermain drama dan wayang bagai dengan dia. Nampak sangat dia cuba mainkan aku. Kita boleh lihat ayat dan cara dia handle. So, aku abaikan dan block dia terus dari contact number aku. Senang mudah dan aman terus. Kita berniaga, kebarangkalian untuk menipu itu kurang berbanding pelanggan. No point untuk menipu orang. At the end buat rugi sendiri je. Betul tak?
Ada juga kes customer yang super kaya nak order puluh-puluh dan ratus ratus bilangannya. Aku terus pengsan 150 juta kali terus. Kene deal dengan customer Filipina dan Brunei lagi. Ia merupakan suatu pengalaman yang amat berharga.
Ini sudah masuk bulan kedua. Agak mendebarkan jugak ini. Ledger book pun aku tak siapkan untuk bulan lepas punya. Keuntungan? Adalah mencecak 4 angka jugak. Syukur alhamdulillah. Aku ingatkan untuk RM100 sebulan pun OK. Rupanya dapat 10 kali ganda. Pengsan. Syukur. Rezeki anak anak kucing katanya.