Pengalaman Tayar Pancit di Lebuhraya Pantai Timur

Pernah tak korang alami kejadian tayar kereta pancit tetiba semasa di highway? Aiyooo, baru-baru ini aku alaminya pengalaman tayar kereta pancit di Lebuhraya Pantai Timur. Time tu kami dalam perjalanan balik dari Genting Premium Outlet (GPO).

Terasa hairan sebab bunyi kuat dari arah belakang. Aku ingatkan sebab masalah jalan tidak rata. Banyak kereta belakang hon kami. Jadi, kami pun berhenti jap di lorong kecemasan. OMG, tayar belakang pancit!

Kawan aku pun pergilah ke kotak telefon kecemasan untuk dapatkan bantuan. Sentap sebab tidak boleh berfungsi okay. Dia pun call kawan kami yang menanti di R&R untuk hubungi pihak Lebuhraya bagi mendapatkan bantuan. Tidak boleh juga yerrr! Rosak jua.

Aku pun gigihlah meng Google ”Lebuhraya Karak”. Line pula ala-ala sendu je. Risau sebab time tu dah lah maghrib. Kereta rosak plak kat sekitar Karak. Pengsan

Dalam cemas itu, kawan pun call talian kecemasan 09-547 9111. Katanya tidak dapat dihubungi. Jenuh lah pula call LPT2 untuk dapatkan bantuan. Operator LPT2 itu bgtau, talian kecemasan di LPT memang ada masalah teknikal. Entah apa teknikalnya tak tahu lah.

Jadinya dia pun bagi nombor telefon bimbit operator. Alhamdulillah berangkat dan diorang pun call kami untuk dapatkan maklumat lokasi etc.

Kami adalah ‘insan bertuah’ yang ketiga pada ketika itu. Jadinya kena tunggu diorang settle selesaikan masalah ditempat lain, kemudian baru datang selamatkan kami. Sekitar satu jam selepas itu, pasukan peronda pun sampai untuk bagi bantuan kepada kami.

Actually boleh je tukar tayar sendiri. Tapi, masalahnya, spanar tiada. Rim pula bukan jenis rim standard. Ada je orang yang datang nak membantu. Tapi, oleh kerana jenis rim yang yang berbeza, terpaksa menanti pasukan peronda datang membantu. Pengsan.

Alhamdulillah syukur, berkat sabar dan penuh hati-hati, semua berjalan dengan baik. Tayar berjaya diganti dan kami pun selamat sampai ke destinasi.
Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Banyak pengajaran dan pengalaman yang aku dapat pada hari itu. Risau juga sebab lorong kecemasan disini tidak seluas PLUS. Alhamdulillah, semua baik-baik sahaja.

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI