Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Alhamdulillah, baru selesai membuat permohonan pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah di KWSP Cawangan Cheras. Sebelum pergi berurusan di kaunter, saya buat kajian di Laman Web KWSP dahulu. Tengok apa keperluan / borang / dokumen yang diperlukan dahulu. Apa borang / dokumen yang diperlukan bagi pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah?

  • Borang Permohonan KWSP 9(c).
  • Salinan dokumen perjanjian jual beli dengan pemaju perumahan.
  • Salinan dokumen surat tawaran pembiayaan pinjaman daripada bank.

Sebelum pergi, saya double check dengan Customer Service via phone call. Yeah, semuanya ada dan minta saya bawa sekali dokumen asal untuk semakan oleh pegawai di kaunter.

Lokasi KWSP Cheras

Susah nak mencari Pejabat Cawangan KWSP Cheras. Ingatkan terletak di tepi jalan sahaja. Rupanya tersorok dalam kompleks bangunan bersama 1001 macam pejabat syarikat lain.

lokasi kwsp cheras

Apapun, urusan di Pejabat Cawangan KWSP Cheras yang sangat cepat dan senang. Sebab semua dokumen lengkap dan orang tak ramai sangat kot.  Ohhh, pada asalnya aku guna akaun CIMB untuk pemindahan. Tapi tak boleh pakai sebab nombor akaun aku itu baru. Katanya, untuk CIMB, mereka guna nombor akaun yang lama (setakat ini). Jadi, aku bagi nombor akaun Maybank.

Khabarnya, SOP mereka ialah 15 hari selepas dokumen diserahkan. Tapi, ramai je orang kata dalam masa 3 atau 4 hari, duit sudah masuk dalam akaun bank. Apapun, mereka akan bagi notifikasi melalui SMS. Harap semua berjalan dengan lancar.

kwsp cheras

Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI