Pagi ini, terdetik mahu perbaharui passport antarabangsa aku. Senang untuk ke luar negara kelak. Lagipun passport aku akan tamat tempoh pada 30 Mac 2016 ini.
Usha punya usha, Cawangan Imegresen Mini UTC Keramat tidak ramai orang berbanding Cawangan Imegresen Kajang dan UTC Pudu. Jadi, aku pun gigih menaiki STAR LRT dan Putra LRT dari Bandar Tasik Selatan ke Damai.
Mini UTC Keramat betul-betul terletak berhadapan dengan Station Putra LRT Damai. Memang betul, tidak ramai orang. Kalau beratur pun, masih boleh diterima.
Waktu operasi untuk Mini UTC Keramat boleh rujuk pada gambar di atas.
Uniknya disini, segala urusan ambil nombor giliran dibuat secara berpusat. Beratur di kaunter 1 Serve di luar bersekali dengan Jabatan Imegresen/Jabatan Pendaftaran etc. Aku dapat nombor 1004. Sekitar pukul 9pagi sudah selesai urusan dokumentasi dan pembayaran. 1 jam kemudian (10 pagi) sudah boleh ambil passport yang telah siap.