Selepas Milan, destinasi kedua kami adalah Florence, Itali. Perjalanan dengan menggunakan bus mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih katanya. Pengalaman yang mengasyikkan dan aku masih lagi tidak percaya yang pada ketika itu aku berada di bumi Itali dikkkkk hahahaha.
Aku memang tidak tidur di sepanjang perjalanan. Lebih asyik menikmati pemandangan yang ada. Seronok dan bersyukur kerana aku diberi peluang untuk melihat negara orang. Selama ini aku tidak terfikir pun untuk pergi mengembara di negara orang. Jauh sekali untuk sampai ke eropah dan jauh jauh sekali untuk datang ke Itali.
Landkapnya jauh berbeza dengan apa yang boleh aku lihat di Asia Tenggara / Hong Kong. Iklim berbeza kan dikkk. Tak terungkap dengan kata-kata gitew.
Kami berhenti di stesen minyak + R&R diorang. Tak lah sesibuk R&R yang ada di Malaysia. Kawasan R&R nya pula lebih luas.
Aku pula sudah start batuk-batuk dan selesema. Memang spoil mood melancong betul. Yelah kan, budak kampung datang ke negara beriklim sejuk. Memang macam tu lah hahahaha.
Takjub yang amat aku dengan gunung ganang yang kami lalui disepanjang perjalanan. Bertambah kagum pula dengan binaan highway yang kami lalui. Seram sejuk pulak kalau tengok ke bawah. Memang dalam betul gaung tu huhu.
Alangkah indahnya kalau dapat golek-golek sebentar kat sini. Nak juga merasa kehidupan kampung di eropah. Bagaimana yer rasanya?