PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN KE RUMAH

image

Depan pintu rumah tadi, ada orang letak flyer Perkhidmatan Penghantaran Makanan ke rumah. Dah macam konsep peekhidmatan penghantaran makanan segera ke rumah je nie. Kreatif.

Aku tidak pasti kawasan mana yang diorang cover nie. Takkan seluruh Malaysia kot kan? Tiada dinyatakan pun disini. Aku anggap kawasan sekitar Putrajaya je lah kot.

Diorang ada FB dan Twitter lagi tu. Hebat bukan? Nie mesti anak anak muda yang buat hihi. Macamlah aku nie tua sangat. Emmm, waktu operasi diorang ialah dari Jam 6 petang hingga 11 malam ( Isnin hingga Jumaat ). Hairan, awat hari sabtu ahad tak ada? Orang banyak keluar makan jimba jimba kat luar kot – agaknya.

image

Harga makanannya agak mahal jugak nampak gayanya. Bayangkan, purata harga bagi Nasi Goreng XXX ialah RM7.50 hingga RM8.00 ( Nasi Goreng Kampung, Belacan, Ikan Masin etc ).Contoh lain, Telur Mata Kerbaunya berharga RM2. So, boleh imagine harga makanan untuk menu yang lain disini :).

Diorang pun ada buat menu Set per pax. Not sure samaada murah atau tidak untuk harganya. Disini untuk set A ( 2 pax ), harganya ialah RM49 untuk nasi putih, ikan siakap ( stim,3 rasa atau halia ), Tom Yam Campur, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar dan Air Buah ( Apple, Oren atau Tembikai ). Its too subjektif samaada untuk kata murah atau sedang sedang atau mahal.

Tapi untuk Naili mesti dia suka kot. Makcik tu memang suka order2 delivery nie time duduk di Presint 11 dulu. Now dah pindah tak tahulah diorang cover sampai Salak Tinggi. Jauh benor nak hantar sana.

Kos penghantaran ialah sebanyak RM4 bagi setiap penghantaran. Tapi, pada masa ini diorang ada buat promo kalau order awal ( bermula jam 5.30 petang setiap hari dari 1 mei hingga 30 mei 2013 ), segalanya percuma untuk pemanggil terawal. Aku pun keliru dengan ayat diorang.

Cerewet benor aku nie. Biasalah, kekadang aku memang meng-editor some bahan terbitan sebelum diterbitkan di akhbar. Pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI