Time2 tengah bersemangat ini, ada je benda yang nak aku buat 🙂 Tak tahu idea datang dari mana, tetiba sahaja aku dok search mengenai budaya kaum jawa di Indonesia. Daripada situ, aku nampak macam ada 1001 adat dan budaya kaum jawa indonesia yang aku sendiri pun tak pernah dengar + tahu. Salah satu yang buat aku imprezzz ialah tulisan jawa. Eh, ada rupanya.
Adakah tulisan / bahasa jawa itu lebih kurang tulisan/bahasa sanskrit? Emmm, nanti ada masa kita roger2 lagi pasal menda alah ini.
Lepas ini, aku akan banyak (lebih) menggunakan perlambangan/logo seperti diatas. Buat masa ini memang nak buat something yang unik dalam blog mykeledek ini. So, aku nak tambah something yang related dengan kaum/bangsa jawa dalam blog ini.
Tu wayang kulit jawa dari indonesia. Kalau kat Msia wayang kulit lebih sinonim dengan masyarakat Kelantan. Nama ‘pahlawan’ yang aku ambil tu ‘Arjoena’ atau arjuna 🙂 Tulisan yang ada di atas Mykeledek Network itu ialah tulisan jawa yang membawa maksud arjuna.