Plan hari ini nak makan di luar. Tapi, tetiba hujan lah pula. Jadi, aku decided untuk masak sahaja di rumah (terpaksa). Sedang asyik masak siakap asam pedas, gas habis lah pula. Memang bertahun sudah pakai gas ini. Lagipun aku jarang-jarang memasak dirumah. Akhirnya habis juga. Tapi, sokmo habis dikala malam hari.
Nasib baik aku memang sudah beli backup indicator jenama electrolux yang dibeli masa warehouse sale tahun lepas. Memang terus guna. Bijak betul MNM huhu. Alhamdulillah.
Sebelum ini aku sudah minta sedikit penerangan daripada Salina, macam mana di guna induction kat rumah dia. Jadi, serba sedikit aku tidak kekok dan terkapai-kapai. buka, ON dan masak sahaja. Lagipun, memang beli indicator yang bersekali dengan periuk. Murah, berjenama dan sangat praktikal. Syukur anak-anak.
Tak sangka, cepat dan mudah masak guna induction ini. Sangat prkatikal dan sesuai digunakan dikala waktu kecemasan seperti ini. Siakap asam pedas dan sayur kobis aku pun cepat masak. Dan…tidak lama selepas itu abg yang bawa gos pun sampai dirumah. 15 minit selepas call, tong gas baru pun sampai – RM30. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Nasib baik gas habis sebelum Ramadhan, cuba bayangkan kalau habis tatkala orang sibuk nak berbuka + terawih etc. Bak kata En Irwan, ini semua rezeki Allah SWT.