Muka blurr dan cuak sebab ini adalah kali pertama aku bertugas di luar negara. Anak-anak kecil yang baru belajar erti kebesaran dan sistem pentadbiran memang macam ini. Serba serbi kelihatan kekok.
Hanoi, ibu negara Vietnam. Khabarnya susah nak dapatkan makanan halal disini. Kalau bukan kerana urusan kerja, memang aku tak akan datang sini. Sebab tak tahu nak buat apa disini kan. Daya tarikan disini pun aku tak pasti apa.
Apapun, kita kene bersyukur sebab Malaysia memang antara negara yang maju di rantau ASEAN ini. Sini negara berideologi komunis, jadi sana sini nampak orang berpakaian ala-ala tentera.
Ohh, apapun aku tetap suka Ho Chi Minh City.