Pertama Kali Makan di Waroeng Ayam Penyet

Aku dan ayam penyet berpisah tiada. Satu hari nanti aku nak buat sendiri ayam penyet huhu. Oh ya, hajat dihati aku nak jadikan keyword ‘ayam penyet’ ini dominan di blog mnmplus dot com ini. Aci dok? huhu

Baru-baru ini, aku pergi makan seorang diri di Restaurant Waroeng Ayam Penyet di Nu Sentral Kuala Lumpur. Sebab malas nak pergi beratur dan berebut meja di 4Finger’s. Lagipun aku tengah lapar dan nak makan something yang pedas.

Sebelum ini, aku pernah datang dengan Shahrizal. Tapi, oleh kerana pelayan suruh aku bertukar meja yang lebih kecil, aku blah je terus. Sentap hahaha.

Konsep makan disini ialah order di kaunter, kemudian mereka akan bagi nombor dan nanti makanan yang kita order tu akan dihantar.

Tercari-cari juga sambalnya. Ingatkan mereka terlupa. Rupanya sambal tu kena ambil sendiri. Dah macam konsep restaurant makanan segera hahaha.

Dah macam Ayam Penyet AP / Ayam Penyet Ria je hidangan kat sini. Peliknya, pinggan nasi yang dioranf guna dah macam mangkuk. Not sure kenapa. Konsepnya macam tu kot.

Sambal kat sini ada pelbagai jenis. Yang pedas biasa, extra pedas, sambal kicap manis dan sos sos rasanya. Idok ler aku nak ambil gambar kat situ. Huhu.. lupa apa varietinya.

So far okay lah. Sedapnya pun like-like je. Harganya je aku rasa agak mahal. Faktor tempat kot.

So far,Waroeng Penyet ini dah ada 6 cawangan seluruh negara. Boleh lah bila-bila nanti pergi makan lagi. Sebab rasa sambalnya pedas sedap.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI