Sekarang ini aku sedang usha usha peluang untuk menambah pendapatan + bekalan di masa hadapan. Apa lagi kalau bukan peluang perniagaan kan.
Bosan pulak kerja makan gaji + ikut orang. Rasa macam nak berubah angin je kan.
Salah satu yang nampak lumayan ialah ternakan arowana. Diorang guna sistem pawah. Kita bagi modal dan diorang yang uruskan yang selebihnya.
Ikat kontrak selama 5 tahun dengan modal RM2500 (hasil akan mula dapat selepas 2 tahun) atau RM6700 (hasil akan dapat selepas 2 bulan) lebih kurang macam itu. Harga bergantung sama ada kita beli anak atau induk arowana.
Average pulangan setiap 2 bulan ialah RM1600 camtu. Kos makanan pula ialah RM50 sebulan.
Nampak menarik je kan.
Nak info lanjut, hubungi Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Putrajaya. So, kita boleh pastikan modal yang dilaburkan itu betul betul genuine ke atas syarikat yang telah dikenalpasti ketulusannya.
Gitew