Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket lebih kurang jam 6 petang waktu tempatan. Pertama kali melalui proses imegresen di negara orang. Huh…nasib baik semuanya berjalan dengan lancar.Kami tinggal di APK Resort and Spa di kawasan Patong Beach. Jarak perjalanan daripada Airport lebih kurang setengah jam lebih. Sepanjang perjalanan pergi ke tempat penginapan, aku merasakan corak dan gaya hidup orang di Phuket ini tidak jauh berbeza dengan kami di Malaysia.
Oh, langkah kanan rupanya. Kami tinggal di kawasan yang berhampiran dengan Patong Beach dan Shopping Mall. Kami menghabiskan malam pertama kami disini dengan jalan jalan di kawasan shopping mall + night club + patong beach. Aku jumpa 1001 macam gelagat manusia. Pada masa yang sama, aku boleh katakan gaya pelancong yang datang ke Phuket ini jauh berbeza dengan gaya pelancong yang pernah aku lihat di Malaysia. Pelancong yang datang ke Phuket ini nampak lebih ranggi, party boy/girl + lebih sosial. Itu pandangan aku.
Apa yang buat aku pelik dengan kawasan ini ialah terdapatnya banyak farmasi-farmasi. Oh…. besar kemungkinan perkara ini berkait rapat dengan &^&%^%$.
Yang paling penting sekali, kami sempat melihat suasana malam di kawasan night night club yang ada berhampiran pantai. Oh, aku sedikit hairan macam mana suasananya begitu happening sedangkan malam tu adalah isnin malam selasa. Tak dapat aku imagine macam mana suasananya pada hari cuti.