Makanan yang paling berbaloi sekali untuk dimakan di Mid Valley ialah Portugis Grill – terletak di Oasis ( sama aras dengan Lot kedai Machines, Samsung ). Nyum nyum. . . Everytimes bz 🙂 Tiap kali aku datang mesti busy sokmo. Entah tang bila nak tak ada orang pun tak tahulah. Yang bagusnya, walau seramai manapun orang. . . Serve yang diberikan memang tip top. Tetap cepat, pantas dan yang penting orang itu akan ingat siapa yang order dan apa yang dia order. Hebat bukan?
Kami order menu ikan talapia, ikan kembung dan kacang botol. Entah tak tahu kenapa, tetiba nampak orang sebelah order air batu campur. Nampak macam sedap sangat 🙂 Haruslah terus order hahahahaha. Memang super sedap. Yummy
See. . . Average 20 minit camtu semua menu yang diorder siap satu demi satu. Haruslah semua orang pandang kan? Hahahaha 2 orang makan banyak benda kat atas meja 🙂 Perlu ke u olllz
Kalau nak diikutkan, kedai yang jual portugis grill ini sahaja yang cukup cukup busy tak tentu masa. Aku tengok, kedai yang jual makanan lain nampak macam biasa biasa sahaja. My view
Aku pula, kalau nak makan diluar memang akan pastikan menu yang diorder dan dimakan itu jarang jarang dapat aku masak dirumah / tak tahu masak / kurang sedap kalau aku masak 🙂
Memang sah sah lah portugis grill disini sedap. Hoho. . . Lagipun orang ramai ke, orang xramai ke. . . Kualiti perkhidmatan tetap sama. Inilah contoh tempat makan yang baik.