Salah satu perkara utama sebelum pergi ke sesebuah negara ialah kita kene tahu jenis power plug sockets di negara berkenaan.
Semak je di Laman Web ini. Di Thailand, voltage yang digunakan ialah 220V / Frekuensi 50Hz. Jenis power sockets pula ialah A / B / C.
Malaysia guna power socket jenis G. Jadi memang kene bawa extension plug / international plug. Fokus utama aku di Bangkok nanti ialah buat live update. Jadi memang akan guna smartphone 24 hrs diluar. Silap silap aku akan beli bateri Samsung Note 3 lagi satu. Nampak gaya bateri ini macam makin lemah je. Just in case.
Harap di hotel penginapan kami nanti pun ada pelbagai jenis plug sockets. Tak silap aku, sewaktu bercuti di Phuket Thailand 2 tahun lepas, hotel tempat kami menginap tu memang ada sediakan pelbagai jenis plug sockets. Harapnya begitu lah dik.