Projek Diraja CHITRALADA – Projek pertanian Chitralada adalah unik kerana ia dipercayai menjadi projek yang pertama seumpamanya di dunia yang diilhamkan oleh keluarga diraja.
Projek ini dijalankan di Istana Chitralada, yang menjadi kediaman Raja Bhumibol Adulyadej sejak 1961. Pelbagai aktiviti dan kajian telah dijalankam untuk peningkatan mutu dan hasil pertanian sesuai untuk diamalkan oleh petani di Thailand.
Projek ini hasil keprihatinan pihak istana untuk mengatasi masalah pertanian yang menjadi tulang belakang ekonomi majoriti rakyat negara itu.
Maka tidak hairanlah jika Istana Chitralada ini merupakan satu-satunya istana raja di dunia yang dikelilingi oleh bendang, ladang tenusu, kolam ikan dan puluhan kilang, termasuk bagi pembuatan lilin, minuman dari buah-buahan dan sayur-sayuran, roti, kertas dan buah-buahan dalam tin.