Proses Mendapatkan ISBN Perpustakaan Negara Malaysia

Sedang dalam proses mendapatkan ISBN Perpustakaan Negara Malaysia untuk Ebook Kucing Parsi. Secara peribadinya, aku merasakan sangat leceh berurusan dengan mereka.

image

Aku pun sesaja hendak daftarkan Ebook Kucing Parsi aku dengan Perpustakaan Negara Malaysia – nombor ISBN. Something new kan. Cuba lah nak tengok apa terjadi.

Pertama – Agak lambat capaian laman web Perpustakaan Negara Malaysia. Loading memanjang.

Kedua – Aku telah mencuba sistem e-penerbit yang ada pada capaian laman web mereka. Isi sana sini, kemudian ‘submit’ via sistem. Gerak hati rasa macam tak sedap pula. Aku terus call nombor talian khidmat pelanggan ISBN. Sentap dalam hati tatkala diberitahu bahawa sistem e-penerbit mereka masih lagi tidak stabil. Disuruhnya aku untuk hantar borang permohonan / dokumen sokongan melalui email. Cuba bayangkan kalau aku ‘diamkan’ sahaja. Sampai bila pun tidak akan dapat keputusan hihi. Hairan, kalau belum stabil, kenapa dibuat hyperlink di laman web rasmi mereka.

Ketiga – Aku tidak pasti berapa lama tempoh masa untuk proses permohonan ISBN. Sebabnya, aku hantar pada 3 Nov 2015 dan hari ini sudah 6 Nov 2015. Langsung tiada khabar berita. Aku pun sesaja follow up via call. Katanya masih dalam proses lagi dan dijanjikan untuk siap pada hari ini (6 Nov 2015). Lelaki yang menjawab panggilan aku itu berkata, sebenarnya boleh siap dalam 2 atau 1 hari waktu bekerja sahaja.

Keempat – Dengan merujuk kepada perkhidmatan seumpama ini, tidak tahu hendak kata apa. Aku tak nampak carta aliran proses permohonan ISBN.

Perpustakaan Negara Malaysia – sepatutnya sistem kerja hebat. Tapi macam ini pula kelihatannya. Tidak pasti apa masalahnya. Kita fikir positif sahaja.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI