Sebab utama aku pergi sini ialah dek kerana tertarik dengan iklan / menu baru mereka yang katanya extra pedas. Oh… ‘Hot Dujaj’ tu kot menu baru yang diperkenalkan.
Pada awalnya aku keliru dengan menu-menunya. Pengsan… rambang mata kot nak makan apa kat situ. Nasib baik time kami order tu orang tak ada lagi haha. Ada dua perisa ayam iaitu Herb dan Spicy.
Aku ingatkan perisa Spicy tu tak sama dengan ‘Hot Dujaj’. Tu yang aku double check dengan Cik yang jaga kaunter. OK… Spicy itu ialah Hot Dujaj. Pengsan… Awat gambar dalam iklan tak sama dengan yang realiti? Dalam iklan ‘merah’…. realitinya pulak warna ‘kuning2’ camtu. Agak Spoil kat situ.
Kami datang berempat dan of cz aku akan pesan setiap orang beli menu yang berbeza-beza. Aku nak rasa setiap satu. Nak buat perbezaan sedikit.
See… kami pesan 4 jenis menu yang berbeza. Dan aku pastikan ada kedua2 jenis perisa herba dan juga yang pedas. huhu… Pengsan
- Rasa ayam gorengnya sangat sedap. Tiada lemak cz organik kot. Imprezz…cz kami habiskan kesemuanya tanpa ada sisa daging pun. Pengsan….Rangup secukup rasa
- Aku tak rasa muak pun makan daging ayamnya. Pelik gak cz sebelum ini memang seakan jadi amalan aku plak asal makan ayam goreng kat satu restoran popular tu……mesti aku akan tolak ketepi dagingnya yang banyak tu. Aku suka makan tulang-tulang camtu. Tapi ayam RFC ni aku habiskan semuanya hahaha. Si Jiela plak boleh habiskan 3 ketul ayam goreng RFC terus. Pengsan aku dengan makcik nie.
- Nasi dan side dish nya pun not bad. Sedap dan memang boleh pergi jauh nie
- Wawa plak xhabis makan Chicken Chop. Makcik ni memang badan kecik + makan selalu tak habis. Tapi aku rasa sedap jugak lah sos blackpapper chicken chop nie. Tapi aku lebih prefer sos mushroom sebenarnya.
- Air Cola Radix ni sedap rupanya. Rasa macamada herba herba sikit. rasa kayu manis pun ada gak. Aku yang tak pernah minum habis air berkarbonat ni pun boleh minum air nie sampai habis. Means sedaplah tu
- Aku still agak kecewa cz ayamnya tak cukup pedas untuk aku – Harapan ‘kepedasan’ aku cukup tinggi kot haha. Mungkin untuk orang yang tidak gila pedas macam aku akan kata pedas kot.
- Nasi dan supnya pun sedap… overall kebanyakan rasanya ada rasa herba. rasa macam tu lah kot
Overall, aku suka makan sini. Bolehlah lepas nie kalau rasa rasa mengidam nak makan ayam goreng, aku lepak makan kat sini. Makan ayam organik tu. Baik untuk kesihatan – jangka masa panjang. Muda – muda macam inilah kot kene jaga kesihatan. Tak gitu
OK, lepas nie adalah destinasi makan-makan kalau family aku datang KL. Aku nak bawa diorang datang sini. Boleh ajar anak-anak saudara untuk amalkan pemakanan sihat. Pengsan