RADIX FRIED CHICKEN #1

Tadi malam, aku dan geng anak anak berkesempatan makan di Radix Fried Chicken (RFC) yang terletak di Bandar Baru Bangi. Alamatnya ialah seperti berikut :-

NO. 47, TINGKAT BAWAH
JALAN MEDAN PUSAT 2D
PUSAT BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN.

Betul betul bersebelahan dengan Restoran Ayam Penyet.

Waktu Operasi

Bangunan baru nie. Lucky ada kawan yang tolong usha-usha jalan. Aku bukannya nampak sangat jalan kalau drive malam. Sedih cz kawasan sekitar nak pergi sini gelap + jalan pun tak berapa elok. That why naik kete kecik je. Senang aku nak mencilok sana sini. Terbaik

Sewaktu kami datang tu, orang tak ada lagi rasanya. Kamilah orang pertama datang (selepas waktu Isyak). Waaah…….masyuklah nie tak ada orang. Tapi kejap je…lepas tu berderet orang datang. Kebanyakannya bawak family dan anak anak. Ada juga yang datang bersama rakan -rakan. Aku ada nampak juga kaum cina makan sini. OK…means kaum cina pun terima jenama / produk ini.

 

Overall, aku suka tema pada Restoran RFC Bandar Baru Bangi ini. Kira sesuailah dengan tema restoran yang ala-ala ayam goreng nie. Simply like restoran popular yang seumpamanya. Tapi ada kelebihan dan keunikannya yang tersendiri. We LIKE IT

Cuma, mungkin boleh ditambah sedikit lagi ‘keceriaan’ lah kot. Agak kosong kot hiasan yang ada. Kene tambah nilai komersial lagi kot – Next

Kat sini ada surau. Itu yang tersangat bagus… Plus, kesemuanya bertudung litup dan bersongko. Menutup aurat tu yang paling penting. Hebat

Cuma satu je yang aku kurang gemar.. Tangga kotor. Rasa licin pun ada gak. Agak bahaya kot untuk anak – anak kecil yang cerdas.

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI