Aku adalah antara orang yang paling malas dan tidak teruja untuk attend majlis perkahwinan orang. Hanya majlis majlis orang terentu je yang aku akan attend. Kata kuncinya ialah : kalau ada orang ajak dan si pengantin itu sendiri yang jemput secara direct.
Cuti hari wilayah yang lalu, aku gunakan sepenuhnya pergi ke Kampung Parit Rambut, Parit Raja Batu Pahat Johor untuk attend majlis perkahwinan kawan baik aku semasa di UiTM dahulu. Nadirul dan Rafidah. Diorang memang bercinta sejak belajar lagi. Syukurlah, akhirnya sama sama sambung belajar sampai Master / phd. Then, kahwin hihi.
Gigih OK aku drive melolong ke rumah Rafidah ini. Nasib baik tak sesat.
Siapa tahu, kalau ada rezeki lebih bulan 5 nanti, aku akan pergi ke Kedah pula. Boleh lah nanti duduk bertandang jalan jalan cari makan + duduk homestay ahaks.
Aku sampai kat majlis tu jam 12.30tghari. Diorang pula, bersanding jam 2.30petang. Haiyoooo, gigih pakcik menanti. Aku siap jengok jengok dapur memasak bagai. Memang sah, Rafidah ini orang jawa hahaha. Orang Kedah kahwin dengan orang Johor. Haaaa, memang sesuai sangat haha.
Haruslah nanti raya, aku kene datang beraya rumah diorang. Tak pun diorang yang datang rumah aku. Haiyoooo, takutnya.
Jawa belah Parit Raja ini lain sedikit. Siap ada tol tol bagai. Macam perkahwinan Jovianina hari tu. Jawa belah tempat aku pula bersilat silat bagai. Uniknya jawa ahaks.
Apapun, tahniah Nadirul dan Rafidah. Semoga berbahagia hendaknya hingga ke anak cucu cicit + akhir hayat.