RAHANG MIA TIDAK BOLEH TUTUP

image

Pada hari ahad lepas, anak kucing aku Si Mia dan Orange J bergaduh berebut anak. Hasilnya? Mulut aka rahang Mia tidak boleh tertutup. Menganga sepanjang masa. So dia tidak boleh makan / minum atau mengiau macam biasa.

Oleh kerana waktu kejadian adalah si malam hari, maknanya memang tidak ada satu pun klinik yang buka pada ketika itu. Pasrah je lah kan. Kene hantar ke Klinik Haiwan yang paling cepat buka. Google punya google, dapat info Hospital Veterinar Serdang @ UPM buka seawal pukul 8 pagi.

Gigih aku datang awal semata-mata nak dapatkan angka giliran paling awal.  Lagipun aku sudah pindah Kajang. Memang nak elak kesesakan lalu lintas. Pada masa yang sama, keadaan Mia pada ketika itu memang sangat menyeksakan. Dia lapar dan haus yang amat sangat. Pada masa sama, mata hidung dan mulut dia sudah mula berair. Kalau lambat, memang susah lah kan.

Angka giliran aku ialah 1003. Lebih kurang pukul 8.30 pagi macam itu aku dipanggil masuk untuk check Mia. Sentap dan risau yang amat coz orang yang check Mia itu tiada kepakaran untuk buat something yang boleh selamatkan Mia. Bukan doktor agaknya.

Katanya doktor yang boleh buat major surgery ini pun bercuti. Sudah tu? Doktor mana yang bekerja pada hari itu? Sentap tak? Ingat nak tunggu doktor tu masuk kerja esok je. Tapi dia sendiri tak pasti samaada boleh atau tidak. Macam mana tu?

Dia bagi solution dengan cara contact mana mana hospital atau klinik yang boleh buat surgery. Kalau buat di situ kosnya ialah RM1000 lebih. Dia suggest satu klinik di Taman Megah dengan kos lebih kurang RM1500 hingga RM2000. Itu pun hanya dapat bedah pada keesokan harinya.

Dia pun ada suggest hospital / klinik yang terletak di Jalan Tun Razak. Kosnya pula boleh jadi menghampiri RM3000 keatas. Meraung nak mencari duit untuk selamatkan Mia. Pembedahan yang kompleks dan susah katanya. Pengsan.

Aku memang tidak puas hati dengan perkhidmatan di Hospital Veterinar Serdang ini. Lambat yang amat. Semuanya serba serbi lambat. Urusannya cepat tapi nak menunggunya lambat. Sabar je lah.

Pada masa yang sama aku hubungi bos bos Jabatan Veterinar Malaysia yang aku kenali. Ada yang bagi solution buat pembedahan di Klinik Veterinar Cheras. Tapi doktor yang di cadangkan tidak angkat telefon.

Doktor veterinar yang memang merawat anak anak kucing aku pun bercuti di luar negara sekarang ini. Dia bagi cadangan untuk hantar ke Hospital Veterinar Gasing di Petaling Jaya. OK aku follow. Google punya google nampak macam super mahal juga. Pengsan.

Ada juga kenalan contact rakan doktor dia yang lain. Dia suggest Klinik di Sungai Buloh. Nampak macam jauh. Tapi 30 minit je jarak masa perjalanan. OK aku pergi cuba disini. Ikut kata hati.

image

Sepanjang perjalanan uruskan Mia ini, banyak kali aku hampir kemalangan. Menggagau jugaklah mencari tempat. Nasib baik naik Viva. Kalau naik Vios memang susah nak handle.

Aku ikut je apa google maps bawa aku. Time tak dapat signal tu aku pasrah je lah. Biar tuhan uruskan. Aku memang berserah je time tu. Nothing i can do selain daripada berserah pada Allah je pada ketika itu. Sudah usaha bersungguh sungguh dah. Niat aku memang hanya untuk Mia sahaja.

Syukur akhirnya aku dapat sampai ke Klinik tanpa sesat walau seinci sekalipun. Memang dibawah lindungan tuhan. Sujud syukur.

Check punya check, doktor bagi pengesahan Mia akan dibedah. Nasib baik hospital veterinar serdang itu sudah buat xray pada Mia. Jadi prosesnya pun berjalan lancar.

Dia bagitahu, anggaran kos untuk pembedahan Mia lebih kurang RM300 macam itu termasuk boarding. Bapak murah jika dibandingkan dengan tempat lain yang diorang cadangkan. Syukur lagi. Aku terus bagi deposit RM500 kpd klinik itu. Kalau lebih, diorang akan kembalikan bakinya.

Isnin hantar kemudian Rabu ambil. Itu janji kami.

Pada hari selasanya Doktor yang merawat Mia contact aku. Katanya diorang tak buat apa apa pembedahan pun pada Mia. Katanya mulut dia kembali pulih sendiri. Tak tahu macam mana terjadi. Alhamdulillah sangat lah kan. Selamat duit aku hihi.

Satu perjalanan untuk menyelamatkan Mia yang penuh dengan tragedi betul.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI