RAMADHAN DI KAMPUNG

Baru semalam rasanya aku join contest SEO Eyriqazz vs Denaihati. Seronok rasanya tengok orang berlumba lumba test power dan ilmu pengetahuan masing masing mengenai SEO. Its good.

Aku kini berada di kampung halaman aku. Biasalah, next week dah nak puasa. . So aku plan nak tengok tengok dulu apa yang patut sebagai persediaan di bulan ramadhan dan syawal sekali. Suasana ramadhan dan syawal di kampung ( Johor ) khasnya dikawasan penempatan jawa memang meriah. Habis semua rumah dinaiki. . Berkampung kampung dan berhari hari mau round – tak termasuk rumah saudara mara dan sahabat handai. Memang masyuk bagi budak2 dan pokai bagi tuan rumah 😛

Syukur, pada masa ini musim hujan. At least sejuk cikit cuaca. Harapnya keadaan ini berterusan sehingga bulan ramadhan nanti. Seronok sikit puasa 😀 Tapi yang tak syoknya susah lah nak mengemas dan membersihkan halaman rumah. Asyik hujan je, tang bila nak bakar sampah nyerrr? Pengsan. . .

Sabar je lah

Ramadhan di Kampung VS Ramadhan di Bandar. . . mana lebih baik? Emmmm. . .Bagi aku dimana mana sahaja sama je kot. Tiada yang lebih baik dan tiada yang kurang baik. Cuma yang membezakannya hanyalah bagaimana seseorang itu melakukan / menjalankan / menjalani ibadah puasa itu sendiri. Comel pulak ayat aku nie. Pengsan

Ramadhan akan jadi syok apabila kita bersama sama rakan rakan / keluarga sama sama sahur,buka puasa dan solat terawih. Sedih ok kalau sahur / berbuka / terawih sorang sorang. Rasa macam nak nangis je. Feel hiba yang amat. Dulu time study, selalu je aku alami pengalaman ini. Itu pun cz banyak kawan kawan yang dah balik cz dah habis exam. Pengsan

Apapun, seronoknya ramadhan di kampung ialah aku boleh makan bersama keluarga. Jimat kos cz ada orang tolong masakkan. Kalau nak pergi beli makanan di bazaar pun murah je harganya. Sedap pun sedap. .

Di kawasan penempatan aku, kami mengamalkan amalan bertukar tukar makanan. Dalam bahasa jawanya ‘ ngunjung’. Jiran tetangga, sahabat handai dan kenalan akan saling bertukar tukar makanan yang dimasak. Area pukul 3 petang lebih tu, makanan akan dihantar dari rumah ke rumah. Semakin ramai saudara atau kenalan atau jiran, semakin banyak lah makanan yang dihantar dan diterima. Macam rumah aku, adalah dapat 30 lebih rumah. Rumah nenek aku pulak, mau 60 rumah lebih. Memang rezeki betul r kalau ada beberapa orang kenalan yang hantar makanan pada satu masa. Pengsan nak habiskan. So, kalau dah ada orang hantar makanan tu. . . Tak payah lah pening2 nak berbuka apa pada hari itu. Orang dah bagi free. Hihi Syukur. . Kiranya bersedekahlah jugak.

Sepanjang malam di bulan ramadhan pula. . Satu kampung memang akan diterangi dengan lampu di sepanjang jalan. Dulu, kampung aku guna pelita. . Tapi dalam beberapa tahun ini nampak gayanya macam dah bertukar kepada mentol. Setiap rumah diwajibkan untuk membayar RM10 untuk 2 bulan.

Dimasjidnya pula, jamuan yang diadakan datang daripada orang kampung sendiri melalui sistem giliran yang telah ditetapkan. Langsung tidak melibatkan kos.  Tapi masalahnya aku nie pemalu cikit. Nak bergaul dengan orang kampung pun macam tak ada point nak cakap. Orang pun tak tau nak cakap apa dengan aku. Kabehe ngomong jowo. . Pengsan

Tak tahu camne di bandar cz family aku di kampung dan aku duduk membujang di bandar. So perasaannya lain. Emm,maybe lebih kurang je kot. Dimana family kita tinggal. . Disitulah sebenarnya syurga dunia kita berada.