RESTORAN BELAUK, BANGI

image

Izdihar pernah bagitahu di belakang Restoran Sup Urat Keting ada masakan panas/berlauk/nasi dagang/nasi kerabu yang sedap. Baru semalam aku dan Salina pergi sarapan kat sini. Itu pun cz Salina yang ajak dan bagitahu dia + family memang selalu bersarapan di sini pada hujung minggu. Syukurlah nak.

image

 

Lauk pauk yang ada disini memang agak banyak dan buat rambang mata aku jap hahaha. Biasalah, aku memang suka makan kari + gulai. Ada itik, kambing, ayam, ayam kampung, daging bagai. Mau tak pening kepala nak pilih mana satu? hahahahaha.

image

 

Last2, aku amik sambal kerang yang manis + gulai ayam kampung. Agak besar jugak saiz ayam kampung nya. Memang amat amat puas hati makan ayam kampung kat sini. Later haruslah pergi try makan tengahari kat sini pula. Kata pekerja di restoran ini, orang ramai makan kat sini time tengahari. Itu pun cz ditegur suruh ambil gambar sewaktu tengahari ( orang tengah ramai) hahahahaha. Sabar je lah.

image

 

salina pulak ambil lauk kegemaran mak dia katanya. Pengsan 10 kali.

image

 

Makcik kat depan restoran ini pun dah start jual pisang goreng. Time tu rasanya sudah pukul 10 pagi lebih. Hairan, ada ke orang yang nak makan pisang goreng pada waktu camtu? Emmm, aku lah tu kan? Terus beli pisang goreng RM3 = 9 ketul. Aku suka pisang ini cz diorang guna pisang tanduk. So, memang tak lepaskan peluang untuk beli cz pisang tanduk camnie memang susah nak jumpa + harga agak murah berbanding UNITEN. Saiznya pun agak besar. So, untung disitu.

image

 

Jalan dengan aku memang sokmo makan, makan, makan dan makan je hahaha. Untunglah.

image

 

Syukurlah cz bos pun masuik pejabat agak lambat + tiada isu atau kerja sangat pada hujung-hujung tahun ini. So, kita menikmatinya dengan penuh kesyukuran yer dik….

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI