Aku agak sensitif dengan tempat makan. Mesti nak pergi makan di tempat yang sedap, murah dan perkhidmatan yang baik. Banyak jugak aku baca review di blog blog orang yang pernah datang ke Langkawi ini. Majoriti bagi review yang baik dan puas hati dengan makanan disini. Senang cerita, diorang memang recommend tempat ini as tempat makan sedap di Langkawi. Especially untuk mereka yang menginap di sekitar Pantai Cenang Langkawi.
Ohhh, gambar agak kurang memuaskan. Nanti aku update lagi via Camera DSLR aku huhu.
Order seekor Ikan Kerapu masak 3 rasa & sambal, 2 ekor ketam masak kari, sotong goreng tepung, kangkung goreng, air oren dan air limau suam.
Gambar tak berapa nak cantik. Lighting kureng sedikit.
Bagi aku, rasa dan kesedapan masakan disini biasa biasa je. Mungkin, apa yang buat tempat ini gemar dikunjungi orang adalah kerana faktor harga dan fresh. Plus, harganya sebenarnya taklah murah sangat. Cuma mungkin paling murah dikalangan yang mahal. Pengsan.
Total harga makan malam pada hari pertama ialah RM79. Tersedak jap. One off macam tu je duit habis. Memang kene beringat sedikit lain kali. Jangan ingat datang sini nak makan je. Ini kawasan pelancongan, jadi kene faham faham sendiri.