Rupanya Restoran Nasi Lemak Berlauk yang popular di Senibong ini namanya Restoran Indah Selalu hihi. Baru aku tahu. Sweet
Tak sangka pula aku boleh mempengaruhi kawan kawan untuk makan di sini. Hairan, walhal aku tak niat pun nak suruh diorang cuba makan disini. Aku tunjuk gambar gambar lama aku je pun. hahaha. Tak sangka diorang terliur hahaha. Pengsan
Disini rasa nasi lemaknya memang berlemak betul. Diorang guna santan kelapa yang original katanya huhu. Nyum nyum, rasa syok pulak dok berlibur malam malam buta. Dah macam malam pesta muda mudi. Sekali sekala dok tengok sempadan – Singapura. Oh, tengok je lah gamaknya huhu.
Kebanyakan kitorang memang order nasi lemak berlaukan telur / ayam goreng. Nyum nyum, yang rasa still kelaparan dan tak puas makan tu habis licin. Malam tu memang kami semua tidur lena haha. Memang terbaik dari ladang kelapa huhu.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +